Merupakan penghuni asal di sini. Dah lali dengan kehadiran manusia menyebabkan mereka tidak melarikan diri. Ada pengunjung yang bermurah hati memberi makanan. Kerana mereka ramai sangat terjadi rebut merebut hingga meletus pergaduhan.
SESUAI untuk aktiviti keluarga, organisasi dan kumpulan kecil. Peralatan khemag kena bawa sendiri. Yang tersedia di tapak khemah ialah bilik air dan tandas, surau, tungku pembakar, gelanggang permainan bola dan pancuran mandi terbuka.
Menara pandang setinggi 4 tingkat memberikan pemandangan indah dan tiupan angn yang nyaman.
Hari ini Pantai Kelanang adalah salah satu destinasi perkelahan hujung minggu khususnya penduduk sekitar Kuala Langat. Beginilah suasana pemandangan di Pantai Kelanang.